Wednesday 10 April 2013

Sharbinee bersih dan boleh beraksi di Malakoff Sport Carnival - SPRM

Segari, Perak - Tanda tanya mengenai nasib Roshairi Sharbinee Allawee yang dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalani ujian poligraf akhirnya terungkai apabila penjaga gol itu dibebaskan daripada tuduhan menjual perlawanan.  Pengarah SPRM negeri, Md. Yusoff Md. Zin ketika mengesahkan perkara itu berkata, hasil siasatan mendapati tiada sebarang bukti atau dokumen yang menunjukkan wujud unsur rasuah dalam perlawanan menentang TTPC, baru-baru ini.
Roshairi Sharbinee ketika
bertemu TTPC
 Beliau memberitahu, sepanjang siasatan dijalankan, SPRM telah memanggil beberapa orang saksi untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.“Ujian poligraf juga menunjukkan tiada tindak balas signifikan (no significant reactions) yang boleh mengaitkan perlakuan rasuah seperti yang didakwa.

 Sharbinee dituduh menjual perlawanan ketika beraksi dalam perlawanan LPP menentang TTPC di Stadium Astaka Sitiawan di sini, 22 Feb lalu. Aksinya menimbulkan keraguan apabila bola terlepas mudah daripada jangkauan dan menerobos gawang. Roshairi Sharbinee mengakui kesilapannya namun menolak tuduhan ia mempunyai kaitan menjual permainan. sejak itu, sharbinee digantung FAM daripada beraksi melawan KLHQ untuk siasatan lanjut.

keputusan SPRM ini membolehkan sharbinee beraksi untuk malakoff sport carnival yang akan berlansung 31hb May ini. jurulatih pasukan, apabila diminta untuk mengulas, berkata bahawa perlepasan semula ini melegakan semua pihak pengurusan kerana beliau mampu memberi saingan sengit kepada Amin Azram untuk posisi penjaga gawang.

No comments:

Post a Comment