Wednesday 29 May 2013

Rajagopal Ingatkan Anak Buah Sarung Jersey Kuning

Segari, Perak - Sehari sebelum kejohanan Liga Juara-Juara Malakoff bermula, Ketua Jurulatih pasukan LPP-FA telah mengingatkan anak buahnya untuk memakai jersey kuning kebanggan meraka dan pulang ke segari membawa trofi kejohanan.

Ketika ditemubual di sidang akhbar pagi tadi, Rajagopal amat berpuas hati dengan senarai pemain yang dipilih. katanya, skuad kali ini menampilkan adunan muka baru dan muka lama. Turut tersenarai ialah penjaga gawang ke -3, Rasul Pantilimon menggantikan Amin Azram yang direhatkan.
Ketua jurulatih LPP ketika sidang akhbar pagi tadi

Ketika bercakap, Roajagopal amat berpuas hati dengan kemajuan pasukannya dan berharap prestasi baik peledak hadapan utama beliau mampu mengemudi pasukannya ke final. "Rizal Ghaddar tidak bernasib baik dipertengahan musim lalu kerana kecederaan yang dialami. walau bagaimanapun, prestasi beliau di 3 perlawanan akhir sedikit melegakan saya. saya yakin beliau mampu membuktikan yang beliau masih berbisa ketika ini".

Ditanya akan kehadiran penonton mampu melonjakkan LPP, beliau menjawab "sudah semestinya. kesemua pasukan memerlukan penyokong-penyokong mereka, kerana sorakan penyokong boleh melonjakkan semangat dan tempo permainan. Malah, kehadiran penyokong yang juga mampu membantu pasukan dari segi psikologi terutama diawal dan penhujung permainan."

Di akhir sesi sidang akhbar itu, beliau sempat mengambil kesempatan untuk mengajak semua peminta ke stadium untuk menyaksikan perlawanan mereka itu. "Saya ingin menyeru semua peminat kita untuk turun beramai2 ke stadium Ilsas di bangi pada hari esok, jumaat untuk memberikan sokongan moral kepada pasukan kita. ""


No comments:

Post a Comment